Jam Tangan Pintar Louis Vuitton Tambour Horizon 2019 menerima Peningkatan Berbanding Keluaran Terdahulu

Louis Vuitton bakal mengeluarkan 1 lagi keluaran terbaharu Jam tangan pintar Android Wear iaitu Louis Vuitton Tambour Horizon 2019.

Apa yang menariknya, jam ini dikhabarkan dijana oleh cip Snapdragon Wear 3100 yang pastinya memberikan kepuasan buat pengguna.

Selain itu, jam ini turut dihadirkan dengan antara muka jam yang baharu yang memaparkan masa analog bagi 24 jam. Menurut laporan daripada laman sesawang endgadget, bateri jam ini mampu bertahan sehingga 24 jam jika ia dihubungkan kepada telefon pintar. Jika ia hanya digunakan untuk memparkan waktu, ia mampu bertahan sehingga 5 hari.

Louis Vuitton masih belum mengumumkan Harga dan tarikh jualan. Sebelum ini Louis Vuitton telah mengeluarkan Louis Vuitton Tambour Horizon 2017 yang mana ia dijual pada harga $2450 (RM10,162).

Baca juga: 

You might also like