Rekaan Samsung Galaxy Note 8 Tertiris?!

Seperti biasa setiap pengeluar sarung peranti akan menerima rekaan dan ukuran sesuatu produk. Kali ini, pereka sarung Olixar berkongsi gambar sarung pelbagai warna khusus untuk Samsung Galaxy Note 8 tersebar.

Jika dilihat, bahagian belakang Galaxy Note 8 dilengkapi dengan sistem dwi kamera bersebelahan lampu LED flash, sensor kadar degupan jantung dan pengimbas cap jari. Mengikut jejak langkah Galaxy S8, siri Note ini juga mempunyai butang bixby di bahagian sisi.

Galaxy Note 8 akan dilancarkan secara rasmi pada akhir bulan Ogos nanti dengan harga dijangka melebihi RM3,500.

You might also like