Huawei Dan Maxis Menawarkan Huawei Watch 2 Bersama Telefon Pintar Serendah RM78!

Huawei Malaysia dan Maxis mengadakan promosi yang menawarkan jam tangan pintar terbaru Huawei Watch 2 bersama telefon pintar Huawei P10 atau Mate 9 bermula serendah RM78 sebulan bermula hari ini.

Bagi anda yang berminat dengan pakej Huawei P10 dan Watch 2, harga bermula RM78. Manakala, Huawei Mate 9 dan Watch 2 bermula pada harga RM133 sebulan. Pembelian pukal ini akan menerima talian MaxisONE Share selama dua bulan secara percuma.

Maxis adalah telco pertama yang dipilih Huawei untuk mengadakan promosi eksklusif Zerolution ini. Pembeli juga akan berpeluang untuk mendapatkan pengalaman yang imersif dan gaya hidup yang menepati citarasa.

Huawei Watch 2 menawarkan kemasan sukan dan ia amat sesuai digunakan atlit sukan yang melakukan aktiviti larian, kayuhan basikal atau lain-lain. Hadir dengan slot SIM (4G LTE), bateri tahan selama 7 jam, storan 4GB, dan ciri IP68 kalis debu dan juga air.

Anda boleh mendapatkan pakej ini di seluruh stor Maxis seluruh negara bermula hari ini.

CEPAT SELAGI STOK MASIH ADA!

You might also like