Vivo V17 Pro Rasmi, Peranti Dengan 6 Kamera – Harga Jualan RM1699!!!

Peminat peranti dari Vivo pastinya teruja apabila Vivo kini telah melancarkan 1 lagi peranti terbaharu yang dikenali sebagai Vivo V17 Pro yang mana ia bakal dijual pada harga RM1699.

Menariknya peranti ini tampil dengan 6.44″ FHD+ Super AMOLED Ultra FullView Display yang memberi kepuasan tontonan kepada pengguna.

Aspek dalaman juga sangat berkuasa apabila ia disertakan dengan Snapdragon 675AIE Octa-core dan dipadankan dengan 8GB RAM serta 128GB ROM. Jadi ia memberikan pengalaman penggunaan yang menakjubkan kepada anda.

Kamera juga tidak dapat disangkal lagi, sangat baik dan menakjubkan apabila hadir dengan 4 kamera di bahagian belakang iaitu 48MP + 8MP + 2MP + 2MP manakala bagi kamera hadapan pula, ia tampil dengan 2 kamera iaitu 32MP + 8MP.

Aspek bateri juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4100mAh Dual-Engine Fast Charging dan menggunakan USB Type-C. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari pada paparan dan hadir dengan Bluetooth 5.0.

Tampil dengan 2 warna iaitu Knight Black dan Crystal White. Ketersediaan peranti ini bermula hari ini.

Beli Peranti Vivo Di Sini:
Unboxing vivo V17 Pro ↓↓↓

____________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like