
Bahang makin terasa…Hari hari kena ‘bakar’ dengan teaser daripada vivo, mana tahan ye dak? Mesti rasa makin panas je. Okay, bertenang! Ni ada lagi satu berita yang pastinya buatkan korang rasa berkobar-kobar – tetapan kamera untuk vivo V17 Pro kini terdedah! What?!

Yes… Tetapan kamera untuk vivo V17 Pro kini telah pun terdedah di mana peranti tersebut bakal membawakan sokongan empat kamera utama dengan gabungan lensa : 48MP (main) + 8MP (Super Wide Angle) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Macro). Untuk kamera depan pula, ia bakal disertakan dengan dual pop-up selfie camera dengan sensor sebesar 32MP (f/2.0) + 8MP (f/2.2).

So, apa komen korang mengenai perkara ini? Okay ke tidak? Untuk makluman, vivo V17 Pro bakal mendarat di pasaran tempatan pada 1 Oktober 2019! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

