Kamera Vivo V9 Ada Fungsi HDR Lebih Baik

Fungsi HDR telah diguna pakai pada telefon pintar sejak beberapa tahun yang lalu. HDR ialah bantuan kepada kamera untuk mengambil gambar lebih baik khususnya penggambaran di persekitaran terbuka. Misalnya anda mengambil gambar pemandangan di tepi pantai, HDR memproses gambar menjadi awan dan darat menjadi seimbang serta jelas.

Bagi menjadikan pengalaman bergambar ke tahap yang lebih tinggi, vivo V9 akan dilengkapi kamera dengan fungsi HDR yang terkini. Penambah baikan ini membolehkan pengguna mengambil gambar berlatar belakang cahaya matahari lebih baik berbanding sebelum ini. Malah, sesetengah HDR pada telefon pintar kelas-atasan di pasaran juga masih berada di takuk lama.

Vivo V9 akan dilancarkan di Malaysia awal minggu hadapan di KLCC. Dalam masa sama, banyak papan iklan di sekitar ibu negara telah dipasang termasuk di lebuh raya seluruh negara.

Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

 

You might also like