
Lenovo Tech World 2016 : Moto Mods, Modul Untuk Fungsi Tambahan
https://www.youtube.com/watch?v=OBVCZ-P1GCk&feature=youtu.be
Di samping spesifikasi yang hebat, Lenovo turut mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan sokongan Moto Mods melalui Moto Z. Melalui Moto Mods, ia membolehkan pengguna menaik-taraf ciri-ciri dan fungsi pada smartphone Moto Z dengan menghubungkan aksesori atau modul tambahan melalui sambungan magnetik di belakang.
Secara kasar, aksesori dan modul yang ditawarkan adalah seperti pada LG G5, tetapi pengguna tidak perlu membuka sebarang panel belakang atau memulakan semula peranti sebaik sahaja memasangnya.

Beberapa modul di bawah Moto Mods telah diperkenalkan, di antaranya adalah speaker daripada JBL yang menambah kekuatan bunyi yang dikeluarkan oleh peranti berkenaan, sebuah modul berbentuk bateri tambahan, dan juga sebuah modul yang menambah sokongan projektor pada Moto Z.

Lenovo mengatakan modul yang sama boleh digunakan pada Moto Z generasi akan datang, dan turut mengalukan para pembangun untuk hadir dengan prototaip modul yang baik dan memenangi ganjaran sehingga USD1 juta yang ditawarkan oleh Lenovo.


Kepada yang berminat untuk memiliki Moto Z, ia akan dipasarkan bermula bulan September 2016 untuk pasaran global, bersama-sama Moto Mods.
Baca Juga:
- Lenovo Tech World 2016 : Lenovo Phab2 & Lenovo Phab2 Plus Model Alternatif Untuk Lenovo Phab Pro
- Lenovo Tech World 2016 : Lenovo Phab 2 Pro Smartphone ‘Tango’ Pertama Diperkenalkan
- Lenovo Tech World 2016 : Moto Z Flagship Modular Daripada Motorola
- Lenovo Tech World 2016: [KONSEP] Lenovo Memperlihatkan Smartphone Boleh Diubah Menjadi Gelang Tangan & Tablet Diubah Ke Smartphone