
Lenovo Tech World 2016 : Lenovo Phab2 & Lenovo Phab2 Plus Model Alternatif Untuk Lenovo Phab Pro
Dua lagi model yang diperkenalkan pada pameran Lenovo Tech World 2016 adalah Lenovo Phab2 dan Phab2 Plus. Menawarkan spesifikasi yang seakan sama dengan Phab Pro, kedua-duanya menampilkan paparan skrin sebesar 6.4 inci tetapi resolusi skrin keduanya telah direndahkan menjadi 1280×720 piksel (Phab2) dan 1920×1080 piksel (Phab2 Plus).
Selain dibekalkan dengan memori dalaman berkapasiti 32GB dengan RAM 3GB, kedua-dua phablet ini turut menyokong lensa penggambaran utama 13 Megapiksel. Berlainan dengan Phab2 yang hanya menawarkan sokongan auto fokus dan LED flash, manakala Phab2 Plus pula tampil dengan sokongan laser auto fokus dan dual LED flash.

Kamera depan beresolusi 5 Megapiksel (Phab2) dan 8 Megapiksel (Phab2 Plus) turut boleh membuat rakaman video HD penuh. Malah kehadiran bateri sebesar 4050mAh juga menyokong teknologi Dolby Atmos. Keistimewaan yang terdapat pada Phab2 Plus adalah ia dilengkapi bersama sokongan pengimbas cap jari sama seperti Phab2 Pro.
Lenovo Phab2 dan Phab2 Plus akan mula dijual pada September 2016 dengan harga USD 199 (kira-kira RM812) dan USD 299 (kira-kira RM1220).
Baca Juga:
- Lenovo Tech World 2016 : Lenovo Phab 2 Pro Smartphone ‘Tango’ Pertama Diperkenalkan
- Lenovo Tech World 2016 : Moto Mods, Modul Untuk Fungsi Tambahan
- Lenovo Tech World 2016 : Moto Z Flagship Modular Daripada Motorola
- Lenovo Tech World 2016: [KONSEP] Lenovo Memperlihatkan Smartphone Boleh Diubah Menjadi Gelang Tangan & Tablet Diubah Ke Smartphone