Peranti Misteri OPPO K1 Bakal Dilancarkan Pada 10 Oktober 2018

Tahun ini OPPO sekaligus memperkenalkan beberapa peranti pintar dengan masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri, terkini muncul pula satu lagi peranti misteri yang dijadualkan bertemu pada 10 Oktober nanti.

Melalui spesifikasi yang tertiris, peranti misteri ini mungkin adalah siri K terbaru dari OPPO yang akan dinamakan sebagai OPPO K1 (kod nama OPPO PBCM30). Kerangka masih kekal dengan rekaan kecerunan warna, dibekalkan dengan paparan skrin 6.4 inci FHD+ AMOLED, dwi kamera utama 16MP + 2MP dan kamera hadapan 25MP.

Dari segi pemprosesan, OPPO K1 dilengkapi dengan Octa-core 1.95GHz bersama pilihan RAM 4GB atau 6GB, dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo dan bateri berkapasiti 3,500mAh. Sejauh mana tepatnya maklumat ini, kita nantikan pelancaran rasmi 10 Oktober ini.

 

Baca Juga:

 

 

 

You might also like