ASUS Umum Pelbagai Inovasi Produk Gaya Hidup dan Permainan di Computex 2016
Bersempena dengan pameran Computex 2016, ASUS telah mengumumkan kemunculan pelbagai produk inovasinya yang merangkumi gaya hidup dan juga permainan, termasuklah Siri X99 terbaru serta papan induk ASUS TUF Sabertooth, monitor permainan ASUS Swift PG258 dan juga paparan melengkung ASUS Designo Curve MX34VQ.
Selain daripada monitor Siri ASUS Designo, ASUS juga turut memperkenalkan monitor dari Siri ProArt dan juga ZenView. Pameran itu juga telah mempamerkan ASUS mini serta PC stick, produk penyelesaian wayarles dan pelbagai aksesori lain.
ASUS juga mengumumkan program Powered by ASUS yang merupakan sebuah program perkongsian yang menampilkan PC desktop yang dibangunkan oleh rakan niaga yang terdiri daripada pengeluar PC terkenal menggunakan perkakasan keluaran ASUS yang pernah memenangi anugerah.
Program ini menawarkan sistem yang berupaya memenuhi keperluan pengguna yang berbeza, tetapi dalam masa yang sama memberikan mereka prestasi yang terbaik dan juga kebolehpercayaan.
Antara produk inovasi yang diperkenalkan oleh ASUS:
- Mini PC:



- Monitor:




- Produk Gaya Hidup:


- Projek Percetakan 3D:



