Grab Dan Lyft Meluaskan Lagi Servis Melalui Proses Integrasi Dua Hala

Kaki travel disaran menggunakan servis Grab kerana mereka telah pun bekerjasama dengan servis yang seumpanya di US, Lyft. Proses integrasi dua hala tersebut membolehkan anda menggunakan servis Lyft ketika berada di US melalui aplikasi Grab. Begitu juga sekiranya pelancong dari US datang ke sini, mereka juga boleh menggunakan servis Grab melalui aplikasi Lyft di peranti ANDROID atau iOS mereka.

Integrasi dua hala ini memberikan pengguna lebih akses kepada servis di samping menjadikan pengalaman percutian anda lebih lancar dan sempurna. Mengikut data, negara asia tenggara merupakan antara tempat percutian paling hangat, pada tahun lalu sahaja 106 juta pelancong telah bercuti sekitar negara-negara Asia Tenggara dan pelancong Amerika merupakan yang paling ramai melancong di sini.

3 - Grab Integration in Lyft App 1Dijangkakan 10 tahun lagi angka pelancong akan mencecah 200 juta dan pakar juga percaya sebanyak 231 bilion USD akan dibelanjakan oleh pelancong sedekad lagi.

You might also like