
Sony pada pameran WMC 2016 yang lepas telah memperkenalkan siri Xperia X terbaru mereka. Setelah lama menunggu, nampaknya Sony telah bersiap sedia membawa masuk ke pasaran Malaysia pada minggu hadapan.
Menurut jemputan media yang diterima oleh eRing, Sony akan memperkenalkan Xperia X Xperia XA dan satu lagi peranti misteri.
Sony Xperia X hadir dengan skrin 5 inci HD penuh, 3GB RAM, pemproses Snapdragon 650, kamera utama 23 Megapiksel dan kamera depan 13 Megapiksel.
Manakala Sony Xperia XA menawarkan skrin 5 inci, sokong pemproses MediaTek MT6755, 2GB RAM, kamera utama 13 Megapiksel dan kamera depan 8 Megapiksel.
Hello semua peminat tegar Sony, sama-sama kita nantikan apakah peranti misteri ketiga yang bakal diumumkan oleh Sony Malaysia ya~


