GoPro HERO6 Black Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM2399

 

FunSportz Sdn Bhd selaku pengimport dan juga pengedar eksklusif GoPro di negara ini secara rasmi telah melancarkan kamera aksi terbarunya yang paling berkuasa dengan kemunculan GoPro HERO6 Black yang dijual pada harga RM2399. Dikuasakan oleh pemproses yang direka khusus untuk GoPro iaitu GP1, HERO6 Black bukan sahaja berupaya menawarkan prestasi lebih baik dengan keupayaan rakaman 4K 60fps serta rakaman video gerak perlahan 1080p 240fps, malah ia turut dilengkapi dengan penstabilan video termaju pernah diperkenalkan pada GoPro.

Selain itu HERO6 Black juga menjanjikan prestasi video sinematik QuikStories 3x lebih laju bagi memastikan pemindahan rakaman video yang lebih lancar dari GoPro ke smartphone. Malah aplikasi GoPro secara automatik akan menghasilkan video QuikStories untuk anda.

SPESIFIKASI GOPRO HERO6 BLACK :

  • Pemproses GP1
  • 4K@60fps dan 1080p@240fps
  • Penstabilan video terbaik berbanding model sebelum ini
  • Fungsi baru Touch Zoom
  • Offload Speeds 3x lebih laju dengan WiFi 5GHz
  • Kalis air sehingga 10m (33 kaki)
  • Boleh digunakan bersama aksesori terbaru Karma dan GoPro Mounts sedia ada
  • Penambahbaikan Dynamic Range dan Low-Light
  • Sokong format RAW dan HDR Modes
  • Kawalan suara dalam 10 bahasa
  • GPS, Accelerometer dan Gyroscope
  • WiFi dan Bluetooth
GoPro Karma

Selain GoPro HERO6 Black, FunSportz turut membawa masuk dron GoPro Karma berharga RM6299 yang kini sedia digunakan pada HERO6 Black dengan sokongan dua fungsi terbaru ‘Auto-Shot Paths’ iaitu ‘Follow’ dan juga ‘Watch’. Malah ia juga menyokong fungsi ‘Look Up’ yang berupaya kamera dicondongkan ke atas apabila sedang digerakkan, dan juga penambahbaikan fungsi ‘Cable Cam’ yang mampu ditetapkan sehingga 10 poin laluan berbeza untuk rakaman yang lebih kompleks. Pemilik Karma sedia ada juga boleh menikmati fungsi terbaru ini melalui kemas kini firmware yang tersedia untuk dimuat turun mulai hari ini.

Dari kiri : The Handler (Floating Hand Grip), Bite Mount + Floaty dan juga Shorty (Mini Extension Pole + Tripod)

Sempena majlis pelancaran ini juga, beberapa aksesori terbaru untuk GoPro iaitu Shorty (Mini Extension Pole + Tripod) berharga RM189, The Handler (Floating Hand Grip) berharga RM149, dan juga Bite Mount + Floaty berharga RM149. Kesemua aksesori GoPro ini sudah boleh dibeli melalui pengedar sah di seluruh negara.

You might also like