Samsung Tunjuk Wajah Depan Galaxy Note 8?!

Anda sendiri boleh menjangka bagaimana rupa reka bentuk siri Note seterusnya. Samsung setiap tahun akan menghasilkan keluarga Note berdasarkan reka bentuk siri Galaxy S. Oleh itu, Samsung ingin memberi peminatnya pandang pertama Galaxy Note 8 secara tidak langsung dengan menunjukkan peranti bersama cip pemproses terbaru.

Dalam iklan teaser tersebut, Samsung lebih fokus kepada cip pemproses Exynos terbaru tetapi ia telah diletakkan di atas sebuah telefon pintar disyaki siri Note akan datang. Bagaimanapun, spekulasi yang hangat diperkatakan masih lagi belum disahkan oleh syarikat Korea ini.

Dalam masa yang sama, perkakasan Galaxy Note 8 dibuat di Taiwan, seterusnya dijangka akan mula dijual pada minggu pertama bulan September depan. Jika benar ianya sebuah Galaxy Note 8, adakah anda senang hati melihatnya?

 

 

You might also like