CES 2018 : Acer Spin 3 Dengan Intel Core Generasi Ke-8 Dan Bateri Sehingga 12 Jam

Lanjutan dari pelancaran Acer Swift 7, syarikat ini juga memperkenalkan sebuah lagi laptop kali ini di bawah siri lain yang dinamakan Acer Spin 3. Ia adalah sebuah laptop yang dikemas kini dari model sebelumnya.

Imej tumpu pada model ini ialah ia boleh diputar 360 darjah. Pengguna boleh gunakan ia dalam beberapa cara antaranya ialah mod laptop, tablet, paparan, atau khemah mengikut kesesuaian. Rekaan yang serba boleh ini mensasarkan pengguna yang inginkan produktiviti dan hiburan sepanjang hari.

Spin 3 kini menerima cip pemproses Intel Core Generasi ke-8 bersama beberapa pilihan storan. Laptop ini dimuatkan dengan paparan bersaiz 14-inci HD penuh berteknologi IPS di samping dua speaker audio Acer TrueHarmony. Pengguna boleh menggunakan laptop ini selama 12 jam untuk sebarang kerja digital.

Acer Spin 3 akan mula dijual pada Februari depan dengan tanda harga $599 (kira-kira RM2,399) seunit.

You might also like