vivo Malaysia Melancarkan vivo Y33s, Telefon Pintar Anggun & Bergaya Yang Mencetuskan Kreativiti & Keseronokan!!!

vivo Y33s yang baru akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi, penambahan terbaru dalam peranti siri-Y. Telefon pintar anggun dan bergaya yang menawarkan prestasi keseluruhan yang hebat, vivo Y33s sesuai untuk semua pengguna yang mencari jawapan untuk semua persoalan ‘That’s Y’ di dalam telefon pintar.

Dibina dengan bingkai rata 2.5D bersama bateri besar ke dalam badan nipis 8.0mm dan berat kira-kira 182g, vivo Y33s menawarkan rasa mewah kepada pengguna. Ia juga selesa digenggam, sesuai untuk aktiviti harian. Kamera belakangnya disusun secara elegan dan diukir ke dalam Langkah Dwi-Tona tanda vivo, yang mengajak pengguna untuk meneroka kebolehan fotografi berkuasa tinggi di dalamnya.

vivo memperkenalkan tekstur dan rona warna lebih maju kepada Y33s dengan dua varian warna – Mirror Black dan Midday Dream. Mirror Black menggunakan teknik lapisan selaput berganda terkini vivo yang menyatukan warna hitam yang elegan dengan kilauan berkilat. Melihat pada cermin hitam, pengguna akan menemui dunia cahaya, bayangan, tekstur dan kilauan tanpa had yang tersembunyi. Midday Dream pula sebaliknya, mempunyai kelembutan tekstur AG yang halus dengan rasa dingin beku. Lapisan tambahan selaput cecair kristal menambah kelancaran dan mengurangkan cap jari di telefon. Dilimpahi cerun warna oren dan biru yang menarik pandangan, Y33s menangkap cahaya pada setiap sudut.

Secara luaran, vivo Y33s datang dengan paparan 6.58-inci FHD+, menawarkan nisbah skrin-ke-badan 90.6% dengan Gamut Warna NTSC 96%, yang memberikan warna-warni terang dan perincian yang jelas untuk pemandangan yang menyeronokkan. Dari menstrim video hingga bermain permainan kegemaran anda, pengalaman visual 1080P pada Y33s sangat lembut dan menyenangkan. Pengguna juga akan mendapat perlindungan mata dengan penapis cahaya biru yang terbina di dalam, menyingkir sinar biru berbahaya daripada pandangan mata pengguna.

Melengkapkan Hari dengan Prestasi Pemproses yang Berkuasa. That’s Y.

Satu lagi fungsi unik vivo Y33s adalah Extended RAM 2.0 (RAM tambahan), di mana peranti dipasang dengan RAM 8GB. Jika itu tidak mencukupi, ia boleh diluaskan dengan tambahan RAM 4GB daripada ruang ROM 128GB yang tidak digunakan bagi menjadikan pertukaran aplikasi lebih lancar.

Memberi tenaga kepada vivo Y33s adalah bateri 5,000 mAh, dengan Pengecasan Pantas 18W dan Penjaga Tenaga vivo. Tidak perlu bimbang mengenai hayat bateri kerana pengecasan adalah pantas dan selamat sementara kapasiti bateri dapat memberikan pengguna menggunakan peranti sepanjang hari tanpa perlu mengecas semula. vivo Y33s juga mampu mengecas terbalik, yang menjadikan telefon pintar sebagai powerbank mudah alih di dalam perjalanan.

Menjadi tunggak vivo Y33s adalah pemproses 8-teras Helio G80, dengan kelajuan CPU yang melonjak hingga 2.0Ghz. GPU di dalamnya menawarkan lebih kuasa, kualiti gambar yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih perkasa daripada sebelumnya, menjadikan vivo Y33s menonjol dalam prestasi permainan dan visual.

Teknologi Kamera Perkasa, Jelas dalam Semua Pencahayaan. That’s Y.

Sejajar dengan konsep ‘Kegembiraan Insan’, vivo komited untuk membawa teknologi fotografi yang inovatif kepada pengguna untuk dialami dan melengkapkan gaya hidup harian mereka. Komitmen itu diserlahkan dalam vivo Y33s kerana ia dilengkapi dengan sistem tiga kamera 50MP, yang terdiri daripada sistem kamera 50MP+2MP+2MP baru, menawarkan kemampuan fotografi yang hebat kepada pengguna.

Sensor kamera belakang utama 50MP yang baru mentakrifkan semula makna fotografi definisi tinggi dalam telefon pintar, merakam detik terbaik hidup dengan mudah serta jelas bersih dalam setiap tangkapan, sama ada diperbesar atau dipotong. Melengkapi kamera utama yang perkasa adalah Kamera Bokeh, yang telah ditingkatkan untuk menjadikan latar kelihatan lebih semula jadi dalam mod bokeh. Ini mewujudkan tahap kedalaman artistik dan kualiti yang sempurna untuk tangkapan kreatif. Bagi pencinta kandungan jarak dekat, Kamera Super Makro menangkap gambar dunia kecil yang ajaib dengan jelas, dengan fokus sedekat 4cm.

Untuk memberikan pengalaman fotografi yang lengkap, vivo Y33s dilengkapi dengan algoritma Mod Super Malam terkini. Dengan menggabungkan beberapa bingkai menjadi satu, teknologi pengurangan hingar super tahap-RAW terbaru di vivo Y33s memberikan gambar malam yang indah dan jelas seperti yang dialami dalam kehidupan nyata. Kamera belakang juga tidak pernah hilang fokus dengan Autofokus Mata, mempamerkan hasil potret yang menakjubkan setiap masa. Bersama dengan Super HDR, vivo Y33s secara automatik menonjolkan warna di dalam sorotan dan mempertajam perincian di dalam bayang-bayang, menjadikan gambar akhir yang seimbang dan serasi seluruhnya.

Bagi kemampuan video, vivo Y33s menawarkan Video Ultra Stabil EIS, memberikan hasil kandungan video yang stabil. Sementara itu, Kecantikan Wajah untuk Video dan Suntingan Pintar mengubah rakaman mentah kepada kekili indah yang mengabadikan sorotan kehidupan.

Swafoto Jelas Siang dan Malam untuk Mengabadikan Detik Peribadi Terbaik. That’s Y.

Di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 16MP, yang mampu menangkap gambar swafoto dalam HD supaya pengguna yakin dan kelihatan berseri sepanjang hari dengan algoritma potret vivo tersendiri. Teknologi pengurangan hingar Swafoto Malam Super dan Lampu Skrin Pintar menerangi wajah di dalam latar malap cahaya untuk mencipta hasil yang jelas dan semula jadi dengan perincian yang penuh jelas walaupun di dalam gelap.

Nikmati Pengalaman Menyeluruh dengan Ciri-Ciri Hebat pada vivo Y33s. That’s Y.

Menjalankan Funtouch OS 11.1 berasaskan Android 11, vivo Y33s menawarkan sistem operasi Android terkini dengan ciri unik oleh vivo. Funtouch OS 11.1 yang diperbaharui membawa estetika reka bentuk yang bersih dan kawalan sentuhan yang mudah dan praktikal untuk digunakan, membawa pengalaman pengguna yang menyegarkan ke dalam vivo Y33s.

vivo Multi Turbo 5.0 meningkatkan sambungan data, kelajuan pemproses sistem dan prestasi penjimatan kuasa ke tahap yang serba baharu. Ia dilengkapi dengan sistem penyejukan merentasi empat komponen yang menjadikan vivo Y33s kekal dingin walaupun dalam sesi permainan yang sengit.

Mod Gaming Ultra juga telah diperbaharui untuk menawarkan sentuhan pengalaman bermain yang lebih lengkap. Dengan Getaran Permainan 4D, Permainan Gambar-dalam-Gambar, mod Jangan Ganggu dan Esports, terdapat pelbagai pilihan untuk dipilih bagi mendapatkan pengalaman bermain yang tepat.

Nilai Hebat untuk vivo Y33s. That’s Y.

Terdapat dalam dua warna – Mirror Black dan Midday Dreamvivo Y33s berharga RM999 dan boleh dibeli di E-store vivo Malaysia, dan stor rasmi vivo Malaysia di Lazada dan Shopee. Pra-tempah vivo Y33s dari 7 hingga 10 September 2021 di mana-mana platform dalam talian dan terima hadiah percuma bernilai sehingga RM329, terdiri daripada beg galas vivo, jaminan tambahan 1 tahun dan perlindungan keretakan skrin 1 tahun. Pembeli juga akan menerima tambahan kad Hadiah Netflix bernilai sehingga RM55 semasa membeli dalam tempoh pra-tempahan. 

Eksklusif di Shopee, pelanggan juga boleh membuat pra-tempahan untuk vivo Y33s dan menerima tawaran berkas eksklusif Shopee bersama kamera segera siri Fujifilm Instax:

  • vivo Y33s x instax mini 9, PERCUMA pek 10 filem mini pada harga RM188 (Jimat RM102)
  • vivo Y33s x instax mini LINK Smartphone Printer, PERCUMA pek 10 filem mini pada harga RM388 (Jimat RM192)
You might also like