
AIA Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan jalinan kerjasama strategik jangka panjang dengan TNG Digital Sdn. Bhd. pemilik Touch ‘n Go eWallet, syarikat eDompet terbesar di Malaysia. AIA akan menyediakan penyelesaian insurans digital yang inovatif dan diperibadikan bagi memenuhi keperluan perlindungan lebih daripada 16 juta pelanggan Touch ‘n Go eWallet di seluruh negara sekaligus memperkukuhkan lagi komitmen syarikat insurans tersebut dalam inovasi digital dan pasaran Malaysia.

Menerusi teknologi insurans digital yang hebat dan efisien yang akan ditawarkan melalui jalinan kerjasama ini, AIA akan memberikan pengalaman yang mudah dan lancar kepada para pelanggan Touch ‘n Go eWallet untuk membeli, membuat tuntutan ataupun memperbaharui polisi.
Tambah menarik apabila AIA juga akan membuat pelaburan ekuiti minoriti dalam TNG Digital.