
Kehadiran OPPO F9 baru-baru ini ternyata dilihat berjaya menawan hati ramai pihak sekaligus terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga ke hari ini.
Sehubungan itu, Oppo sekali lagi dilihat membuat kejutan apabila memaklumkan bakal memperkenalkan F9 dalam warna Starry Purple atau Ungu Berlian tidak lama lagi.
Lebih menarik, pihak Oppo turut memaklumkan Oppo F9 Starry Purple bakal tampil sedikit berbeza berbanding dua varian warna sebelum ini iaitu Sunrise Red dan Twilight Blue.
Untuk pengetahuan, F9 hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci bersama panel LTPS TFT. Ia dilengkapi takuk bersaiz kecil dan dijana oleh cip MediaTek Helio P60. Selain itu F9 juga hadir dengan memori sehingga 6GB RAM dan ruangan storan sebesar 64GB.
Baca juga :
- Reviu Eksklusif: OPPO F9, 5 Fokus Utama Di Bawah RM1,399!
- OPPO F9 Pecah Rekod Jualan – 32 Unit Terjual Setiap Minit!
- OPPO F9 – Peranti Stylo Dengan Pengecasan Pantas VOOC Berharga RM1,399