
Overwatch, Permainan Terbaik Tahun 2016
Permainan berpasukan “Overwatch” telah mencapai kejayaan besar dari segi komersial, ia diiktiraf dengan tiga penghargaan dan anugerah Game of the Year di The Game Awards.
Diadakan pada malam 1 Disember, The Game Awards menampilkan preview dan trailer untuk permainan yang akan datang tidak lama lagi bersama-sama acara utama iaitu dengan majlis anugerah bagi beberapa kategori permainan yang telah dilancarkan tahun ini.
Dilancarkan pada Mei 2016 untuk platform Windows PC, PlayStation 4 dan Xbox One, “Overwatch” mengambil masa tujuh tahun untuk dibangunkan, dan pada mulanya ia dibina dengan konsep asas sci-fi MMO dan berevolusi sepanjang tempoh pembangunan sehinggalah menjadi versi terakhir yang anda mainkan sekarang.
Atas usaha dan kecemerlangan, Blizzard menerima Studio Best atau Best Game Direction, manakala “Overwatch” itu sendiri dinamakan Game Of The Year, selepas merangkul kejayaan dalam kategori Best Multiplayer Game dan Best Esports Game.

