Akhirnya! Apple Menunjukkan Harga Aplikasi Dalam “RM”

2Apple App Store, portal ekosistem iOS memaparkan harga aplikasi dan media dalam matawang USD, sekaligus menyukarkan pengguna mendapatkan harga sebenar dalam matawang tempatan.

Bermula bulan Disember ini, Apple mula menukar format tersebut dan pengguna iOS di Malaysia kini boleh melihat harga aplikasi dalam matawang Ringgit Malaysia. Ia sekaligus memudahkan pengguna kerana tidak perlu lagi melompat ke aplikasi penukaran matawang untuk mendapatkan kadar tukaran semasa.

You might also like