
Spesifikasi Samsung Galaxy Fold 2 terdedah? – Bakal Hadir Dengan 120Hz Kadar Segar Semula !!
Korang mesti akan terkejut apabila terdapat satu Tweet yang memperlihatkan sebahagian daripada spesifikasi Samsung Galaxy Fold 2.

Menurut Tweet daripada CEO Display Supply Chain Consultant, Ross Young memperlihat sebahagian daripada spesifikasi peranti ini. Menurut Tweet tersebut, Galaxy Fold 2 bakal tampil dengan saik skrin 7.59″ dan hadir dengan resolusi 2213 x 1689 dan DPI 372.

Lebih menarik kadar segar semula adalah 120Hz dan turut disertakan dengan Backplane Technology: LTPO.
Kesahihannya belum dapat dipastikan. Jadi sama-sama kita nantikan kehadirannya.

