Western Digital Perkenal WD Blue SSD Dan WD Green SSD

Western Digital Corporation baru-baru ini telah memperkenalkan dua cakera SSD terbarunya dengan model WD Blue dan juga WD Green. Kemunculan SSD terbaru keluaran syarikat ini mampu menerajui industri pemacu keras untuk komputer serta stesen kerja, sekaligus menawarkan portfolio lengkap peranti penyimpanan WD untuk apa jua aplikasi maya.

WD Blue SSD

WD Blue SSD - 01Ia telah dibangunkan untuk pengguna yang inginkan SATA berprestasi, yang mana WD Blue SSD telah dioptimumkan untuk tujuan pengoperasian pelbagai tugasan secara serentak dan juga aplikasi yang berat. Sesuai untuk digunakan pada komputer riba ataupun PC, WD Blue SSD tersedia dalam tiga pilihan storan berbeza iaitu 250GB, 500GB dan juga 1TB. Dengan kerangka berukuran 2.5 inci atau 7mm, WD Blue SSD turut menawarkan kepantasan membaca dan menulis iaitu masing-masing mencecah sehingga 545MB/s dan 525MB/s.

WD Green SSD

WD Green SSDBerbeza dengan WD Blue SSD memfokuskan kepada prestasi, WD Green SSD pula lebih sesuai untuk kegunaan harian melalui penggunaan tenaga yang lebih rendah tanpa mengabaikan prestasinya. Sokongan kerangka 2.5 inci atau 7mm ini mampu menwarkan masa penggunaan yang lebih baik dengan setiap cas penuh. Hanya tersedia dalam kapasiti 120GB sahaja, WD Green SSD menyokong kepantasan membaca sehingga 540MB/s dan juga kepantasan menulis sehingga 405MB/s.

wdgreenssd_dimensions_v3.jpg.imgw.1000.1000WD Blue SSD boleh didapati di pasaran bermula penghujung Oktober 2016, manakala WD Green SSD pula akan berada di pasaran mulai November 2016 melalui pengedar rasmi di negara ini iaitu Eternal Asia (M) Sdn Bhd. Kedua-dua produk terbaru Wester Digital ini dilindungi dengan jaminan waranti selama 3 tahun.

You might also like