
Berita Baik Untuk Peminat Permainan Pokemon
Syarikat Pokemon telah mengumumkan permainan Detective Pikachu : Birth of a Duo untuk konsol Nintendo 3Ds dan ianya akan menemui peminat di Jepun pada 3 Februari 2016. Permainan berkonsepkan pengembaraan sinematik itu mengambil tempat di sebuah bandar bernama Rhyme City. Di dalam bandar tersebut, manusia dan Pokemon hidup bersama dan pada satu hari ia didatangi seorang kanak-kanak bernama Tim. Beliau mempunyai misi dan tugasan yang harus dilakukan dan di bandar tersebutlah beliau berjumpa dengan Detective Pikachu. Bermula dari situlah pengembaraan Tim dan Detective Pikachu bermula.
Untuk fasa pertama, permainan tersebut akan dijual di Jepun pada harga 1,500 yen (RM 54), pelancaran permainan secara global akan menyusul selepas itu.


