
Bertempat di District 21, IOI City Mall, Putrajaya, kami hadir bagi menyaksikan pelancaran kamera aksi terbaru dari Sony. Namun jika kita tengok di dalam pasaran sekarang ini, sudah banyak pilihan kamera aksi ditawarkan dari pelbagai pengeluar, malah ada yang dijual pada harga yang sangat murah. Jadi apa istimewanya kamera aksi Sony kali ini, kami akan kongsikan sedikit informasi berkenaan kamera ini dengan anda.

Kali ini Sony membawakan dua variasi kamera aksi kepada anda semua, FDR-X3000R yang mampu merakam video 4K dan juga HDR-AS300R yang menyokong rakaman maksimum Full HD. Kedua-dua kamera ini dilengkapi sistem penstabilan imej Balanced Optical SteadyShot (B.O.SS), FDR-X3000R dan HDR-AS300R merupakan kamera aksi pertama di dunia yang dilengkapi sistem penstabilan imej ini.

B.O.SS menghasilkan rakaman video yang lebih stabil berbanding sistem penstabilan digital, kerana ia adalah sistem fizikal yang mengunci kedudukan lensa ketika rakaman sedang dilakukan, lantas menghasilkan video yang stabil walaupun anda sedang melakukan aktiviti riadah dan ekstrem.

Sony juga menghasilkan ekosistem aksesori yang luas bagi menyokong kamera ini. Antara aksesori terbaru yang diperkenalkan adalah:
a) RM-LVR3: Live View Remote ini membolehkan anda melihat paparan semasa rakaman.
b) AKA-FGP1: Pemegang kamera dan juga mount Live View Remote.
c) AKA-MCP1: Pelindung kamera.
FDR-X3000R, HDR-AS300R, AKA-FGP1 dan AKA-MCP1 akan mula dijual stor Sony dan wakil penjual di seluruh Malaysia mulai bulan ini. Setakat AKA-FGP1 dijual pada harga RM109, sementara harga untuk peranti yang lain masih belum diumumkan, nantikan kemas kini harga dari kami.