Grab Lancarkan GrabChat, Pesanan Ringkas Dalam Aplikasi Pertama Di Asia Tenggara

Sebagai langkah dan komitmen berterusan untuk memberi akses pengangkutan yang lebih mudah dan selamat, Grab kini telah melancarkan GrabChat, sebuah platform pesanan ringkas yang disediakan di dalam aplikasinya dan Malaysia adalah negara pertama yang akan menikmati perkhidmatan ini.

Grabchat_Animated-steps

“GrabChat mempercepatkan dan memudahkan pemandu dan penumpang berkomunikasi tanpa perlu keluar daripada aplikasi Grab atau menambahkan penggunaan data mudah alih”

Ciri-ciri terbaru ini dijangka mampu menyelesaikan halangan komunikasi yang kerap dihadapi, malah membantu pemandu dan penumpang untuk saling berkongsi lokasi dan memberitahu waktu ketibaan pemandu dengan lebih cepat, serta lebih selamat untuk pemandu.

Untuk memberi ruang komunikasi yang lebih selamat antara pemandu dan penumpang, GrabChat dilengkapi dengan 4 pesanan templat untuk pemandu dan 5 untuk penumpang. Menurut ujian beta, 2/3 daripada pemandu bergantung kepada maklum balas templat untuk berkomunikasi dengan penumpang dan 3 pesanan yang kerap digunakan adalah “Saya telah tiba”, “OK” dan “Saya akan tiba dalam masa 2 minit”.

 

Grab akan terus memperbaharui dan menambah ciri-ciri baharu kepada GrabChat berdasarkan maklum balas dan penggunaan. GrabChat akan turut diperluaskan kepada perkhidmatan lain seperti GrabHitch untuk pengalaman yang sejajar di seluruh aplikasi Grab.

Pada masa ini GrabChat hanya akan disediakan secara berperingkat untuk versi Android dan iOS pada minggu-minggu akan datang.

GrabChat

Langkah 1
Selepas membuat tempahan, akan terpapar ikon GrabChat di skrin.

Langkah 2
Tekan ikon untuk memilih maklum balas templat atau mengubahsuai maklum balas anda.

Langkah 3
Klik hantar.

You might also like