Pemilik LG V30 Di Korea Selatan Mula Terima Kemas Kini Android Oreo

LG V30 merupakan peranti premium terbaru yang telah dilancarkan di dalam acara tahunan IFA pada 31 Ogos 2017 boleh dianggap antara telefon pintar terbaik pernah dihasilkan oleh LG setakat ini. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan spesifikasi hebat seperti paparan skrin 6 inci beresolusi 2K, dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 835, memori dalaman sebesar 64GB serta RAM 4GB, dan juga kamera dwi lensa dengan keupayaan penggambaran sudut luas.

Kini keupayaan LG V30 akan lebih dioptimumkan lagi apabila pengguna di Korea Selatan sudahpun menerima kemas kini rasmi terbaru Android 8.0 Oreo. Melalui versi terbaru ini, LG V30 mampu meminimakan penggunaan tenaga apabila peranti tidak digunakan dan masa untuk menghidupkan peranti juga kini jauh lebih pantas.

Kemas kini ini akan diterima melalui notifikasi dan proses menaik taraf boleh dibuat secara OTA (Over-The-Air). Pemilik LG V30 juga boleh menggunakan kaedah sambungan ke perisian LG PC Suite untuk menjalankan prosedur kemas kini. Buat masa ini masih belum ada maklumat rasmi berkaitan ketersediaan kemas kini Android Oreo untuk unit LG V30 di negara lain, tetapi berkemungkinan besar ia akan mula diterima seawal tahun 2018 nanti.

You might also like