
Mengembara Dengan Google Earth VR
Komitmen Google di dalam dunia VR memang sudah jelas dengan pelancaran Daydream dan juga aplikasi dengan sokongan VR. Kini, Google meluaskan lagi ekosistem VR mereka dengan memperkenalkan Google Earth VR.
Google Earth VR membolehkan anda menjelajah dunia ini secara virtual, anda boleh pergi ke tempat-tempat yang sebelum ini hanya dapat diimpikan sahaja. Sudah tentulah ia tidak sama dengan pengalaman pergi sendiri ke tempat-tempat tersebut, tetapi sekurang-kurangnya Google Earth VR menawarkan anda pengalaman yang lebih imersif.
Tetapi jika anda ingin menikmati pengalaman ini, anda perlulah memiliki perkakasan yang mampu mengendalikan format VR. Ketika ini Google Earth VR hanya boleh diakses melalui HTC Vive dan anda boleh muat turun perisian dari Google ini melalui stor Steam.