
Masih ingat peranti wearable terbaru ASUS ZenWatch 3 yang pernah kami laporkan pada bulan September? Kini sudah tiba di negara kita! Jam tangan pintar serba elegan dan mewah ini beroperasi menggunakan sistem operasi Android Wear dan dipacu cip pemproses Qualcomm Snapdragon™ Wear 2100 serta kapasiti RAM 512MB dan ROM 4GB.
Paparan bulat penuh ZenWatch 3 mempunyai butiran dan kualiti yang baik kerana diperbuat daripada panel AMOLED berukuran 1.39 diameter yang dilindungi Corning Gorilla Glass 2.5D. Jam tangan pintar ini juga hadir bersama strap kulit yang akan menyerlahkan lagi kemewahan reka bentuk ZenWatch 3.
Dari segi kuasa dan ketahanan pula, ZenWatch 3 dilengkapi bateri 340mAh dengan fungsi HyperCharge yang mampu mengecas 0% ke 60% dalam masa 15 minit sahaja. Anda juga tidak perlu risau akan hujan atau berada di kawasan berdekatan air kerana peranti ini dikelaskan sebagai IP67.