OnePlus Menghentikan Jualan OnePlus 3

1Beberapa hari lalu OnePlus mengumumkan OnePlus 3T, sebuah peranti versi tambah baik kepada model OnePlus 3. Model OnePlus 3T masih mengekalkan reka bentuk yang sama, hanya spesifikasi perkakasan sahaja menerima tambah baik dengan komponen yang lebih baru dan hebat.

OnePlus 3T
OnePlus 3T

Untuk persediaan pasaran OnePlus 3T, OnePlus dikhabarkan telah menghentikan bekalan jualan OnePlus ke pasaran US dan Eropah, namun tidak dapat dipastikan sama ada langkah penghentian jualan ini akan berlaku di negara dan kawasan lain.

3

Hasil Gambar
Hasil Gambar

OnePlus 3T hadir dengan cip pemproses Snapdragon 821 dan masih mengekalkan spesifikasi 6GB RAM. Tambah baik lain boleh dilihat pada kapasiti bateri 3400mAh, kamera hadapan & belakang 16MP, ROM 128GB dan juga pilihan warna Gunmetal.

 

You might also like