
iPhone 13 Bakal Hadir Dengan Pengecasan Lebih Pantas Berbanding Model Terdahulu?
Ada satu maklumat yang tertiris mengenai peranti dari apple iaitu iphone 13 yang mana ia berkemungkinan hadir dengan sistem pengecasan yang lebih pantas berbanding model terdahulu.

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh gegelung yang lebih besar akan meningkatkan pengurusan haba dan memungkinkan untuk mendapatkan watt yang lebih tinggi atau dengan kata lain pengecasan lebih cepat.
Magnet yang lebih kuat untuk MagSafe adalah khabar angin lain yang dilancarkan akhir-akhir ini dan nampaknya sesuai dengan laporan gegelung yang lebih besar.