U Mobile Terer Thursday, Ganjaran Mingguan Yang Perlu Anda Kejar

1U Mobile memang suka belanja penggunanya dengan bermacam-macam pakej, selain dari menjadi pembekal perkhidmatan dengan kuota data yang besar, U Mobile kembali lagi dengan pakej ganjaran terbaru TERER THURSDAY.

Pada setiap hari Khamis, pengguna pra-bayar dan pasca-bayar U Mobile boleh mendapatkan pelbagai ganjaran dengan log masuk aplikai MyUMobile. TERER THURSDAY akan berlangsung selama setahun, di mana sepanjang tempoh ini U Mobile akan belanja anda semua dengan pelbagai produk, antaranya Krispy Kreme, tiket wayang Golden Screen Cinemas, Starbucks dan bermacam-macam lagi.

u-mobile-terer-thursday-gifSelain dari pakej ganjaran ini, U Mobile juga menjanjikan sesuatu yang istimewa bersempena perayaan Krismas. Dari 14 Disember sehingga 24 Disember nanti, U Mobile akan menawarkan program “Buy One Free One” dari pelbagai pembekal produk yang akan bekerjasama dengan U Mobile. Anda boleh turut serta menikmati program ini melalui aplikasi MyUMobile.

Pada hari Krismas pula, U Mobile akan menghadiahkan sebuah iPhone 6S Plus kepada 5 orang pengguna bertuah. Syaratnya anda perlu melakukan sekurang-kurangnya 12 panggilan di antara tarikh 14 Disember sehingga 18 Disember 2016. Lima pengguna dengan masa panggilan terpanjang akan menerima sebuah iPhone 6S Plus seorang satu. Pemenang akan diumumkan pada 25 Disember 2016.

Muat Turun Aplikasi MyUMobile
You might also like