
Bekas Makanan KFC Boleh Dijadikan Power Bank?
Pelbagai gimik yang dijalankan oleh KFC dalam mempromosikan makanan segera mereka. Terbaru, melalui Facebook KFC India, pengguna boleh membeli set makanan Watt A Box dengan sokongan power bank.
Cukup menarik, bukan?! Power bank ini menawarkan bateri berkapasiti 6100mAh dan disertakan sekali bersama sambungan USB-A untuk kabel pengecas dan microUSB untuk mengecas semula power bank ini.
Selepas selesai menikmati makanan, power bank ini boleh dikeluarkan dari kotak untuk digunakan oleh pelanggan. Buat masa ini promosi Watt A Box hanya ditawarkan kepada pelanggan di Mumbai dan Delhi. Ini mungkin gimik yang pelik tetapi harus diakui ianya sangat berguna terutamanya jika berada dalam kecemasan.
Namun, ini bukanlah gimik pertama yang dibuat oleh pengusaha makanan segera kerana sebelum ini McDonald pernah memperkenalkan VR headset dengan pembelian Happy Meal dan Pizza Hut juga menawarkan projektor dalam pembeli edisi istimewa di Hong Kong.