Pelancaran Rasmi Xiaomi Mi Max Di China

Mi Max_06Desas desus mengenai phablet terbaru keluaran Xiaomi akhirnya menjadi kenyataan dengan pelancaran rasmi Mi Max dalam acara khas Xiaomi pada 10 Mei 2016 yang lalu.

Ia merupakan phablet pertama keluaran Xiaomi yang menampilkan paparan skrin berukuran 6.44 inci beresolusi HD penuh (1920 x 1080 piksel) dengan lengkung 2.5D di tepi. Walaupun hadir dengan paparan besar, ia masih mampu diletakkan di dalam poket seluar dengan ketebalan hanya 7.5mm dan seberat 203g.

Mi Max_13Istimewanya phablet ini, ia menggunakan paparan antaramuka terbaru daripada Xiaomi iaitu MIUI 8. Mi Max bakal dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 650 6-teras mahupun Snapdragon 652, 8-teras, manakala memori RAM pula berkapasiti 3GB dan 4GB serta hadir dengan tiga memori dalaman berbeza bermula 32GB, 64GB serta 128GB.

Dari fungsi multimedia pula, Mi Max menawarkan lensa kamera utama 16 Megapiksel bersama laser auto fokus dan LED flash, kamera depan 5 Megapiksel serta bateri berkapasiti 4850mAh. Tidak ketinggalan, kehadiran teknologi pengecaman cap jari telah menjadi fungsi penting yang perlu ada pada smartphone, phablet dan tablet hari ini.

Xiaomi Mi Max akan mula dipasarkan di China mulai esok iaitu 17 Mei 2016 dengan tiga pilihan warna yang terdiri daripada Gold, Silver dan Grey.

Mi Max_10Tiga pilihan model tersebut adalah :-

  • CPU Snapdragon 650 + 3GB RAM + 32GB – RMB 1499 (RM 929)
  • CPU Snapdragon 652 + 3GB RAM + 64GB – RMB 1699 (RM 1052)
  • CPU Snapdragon 652 + 4GB RAM + 128GB – RMB 1999 (RM 1238)

Baca juga:

You might also like