Aplikasi Sosial Dari Facebook Khas Untuk Golongan Remaja
Facebook, nama besar dalam dunia platform sosial baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi platform sosial, namun ianya dikhaskan kepada golongan remaja berumur 21 tahun ke bawah, jadi orang-orang sebaya saya boleh lupakan untuk menggunakan aplikasi ini, haha…
Lifestage adalah aplikasi sosial yang meletakkan fokus kandungannya pada format video. Pengguna boleh berkongsi pelbagai aktiviti menarik dan juga informasi melalui aplikasi ini. Untuk membuka akaun Lifestage anda perlu melalui proses verifikasi institusi pengajian dahulu, sebaik sahaja akaun diaktifkan, anda akan disambungkan dengan profil rakan-rakan dari sekolah dan institusi yang sama.
Buat masa sekarang aplikasi ini belum lagi ditawarkan di dalam App Store Malaysia, walau bagaimanapun mereka yang menggunakan akaun dengan ID Amerika Syarikat sudah boleh memuat turun aplikasi ini melalui akaun tersebut.

