
Maxis bekerjasama dengan salah satu daripada laman pelancongan atas talian yang terbesar di dunia, Expedia.com.my, untuk menawarkan pelanggan pascabayar tawaran perayauan data yang pertama seumpamanya. Bermula hari ini, pelanggan boleh menikmati Pas Perayauan 1-hari PERCUMA bagi mana-mana tempahan hotel yang dibuat melalui Maxis Roaming, selagi destinasi bagi penginapan hotel tersebut terletak dalam rangkaian 117 negara yang menawarkan pas perayauan Maxis.
Tawaran pas perayauan 1-hari yang percuma ini termasuk:
1. Pas MaxisONE World
- Khas untuk pelanggan pelan MaxisONE (MOP) yang membuat tempahan hotel di mana-mana negara ASEAN (kecuali Vietnam).
- Dengan pas ini, pelanggan bukan sahaja mendapat panggilan keluar tanpa had percuma, panggilan masuk percuma tanpa had, mereka juga dapat menggunakan data tempatan di luar negara secara percuma, termasuk 500MB data berkelajuan tinggi tambahan percuma setiap hari.
2. Pas DataRoam
- Bagi pelanggan MOP yang membuat tempahan hotel di negara-negara di luar ASEAN.
- Bagi pelanggan pascabayar (bukan MOP) yang membuat tempahan hotel di mana-mana negara yang menawarkan pas perayauan Maxis.
- Pas ini ditawarkan dengan data berkelajuan tinggi sehingga 500MB. Pelanggan juga boleh terus melayari atau menggunakan aplikasi chat sosial selepas data diperuntukkan mereka telah digunakan sepenuhnya.
Untuk mendapatkan pas perayauan 1-hari yang percuma ini, pelanggan hanya perlu:
- Lawati Maxis Roaming dan membuat tempahan hotel
- Masukkan nombor Maxis mereka semasa membuat tempahan
- Untuk menebus pas mereka, pelanggan hanya perlu mengaktifkan data perayauan, dan menggunakan data mereka dalam tempoh penginapan hotel
Seterusnya, Maxis akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi pelancongan lain untuk menawarkan lebih lagi tawaran dan faedah pelancongan kepada para pelanggan.