21 Pengiktirafan Inovasi CES 2017 Milik LG

2
Anugerah yang diterima LG Electronics
1
Anugerah yang diterima LG Electronics

Consumer Technology Association (CTA) menganugerahkan 21 Innovation Awards CES 2017 kepada LG Electronics (LG) atas usaha berterusan menghasilkan produk yang dilengkapi teknologi terkini dan konsep-konsep baru. Salah satu produk yang menempa nama adalah OLED TV dan smartphone flagship LG V20. Untuk pengetahuan anda, ini adalah tahun kelima berturut-turut TV OLED dari LG mendapat pengiktirafan CES Innovation.

CES 2017 juga menandakan ulang tahun ke-50 pameran perdagangan teknologi terbesar di dunia, LG dan anak syarikat Zenith telah menjadi sebahagian daripada acara ini sejak penubuhannya pada tahun 1967. LG telah diiktiraf dalam 11 kategori, iaitu peralatan rumah, komponen audio & video, peranti komunikasi, aksesori teknologi dan bermacam-macam lagi. Produk-produk yang memenangi anugerah ini akan dipamerkan pada CES 2017 di Las Vegas dari 05 sehingga 08 Januari, 2017.

You might also like