
TransferWise Malaysia Tingkat Perkhidmatan Bagi Perluas Liputan Pemindahan Wang Pada Kadar Lebih Murah
TransferWise, sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang berhasrat untuk membangunkan cara terbaik bagi memindahkan wang ke seluruh dunia, telah mengumumkan peningkatan perkhidmatan untuk pelanggan di Malaysia yang kini boleh menerima pemindahan wang antarabangsa yang murah dan cepat dari Indonesia dan mengirim MYR kepada pengguna Alipay di China.

Pengumuman terbaru ini termasuk penurunan harga untuk pengiriman wang ke 10 mata wang dalam Asia juga membolehkan pelanggan menerima pembayaran pemindahan wang antarabangsa dalam beberapa minit.
Pada bulan September, TransferWise telah mengenakan kadar lebih murah untuk pelanggan bagi mengirim wang ke MYR atau salah satu daripada sembilan mata wang Asia yang lain – INR, THB, IDR, CNY, PKR, VND, KRW, LKR, atau BDT sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjadikan pemindahan wang antarabangsa lebih berpatutan dan telus. Untuk beberapa laluan mata wang, penurunan harga boleh mencapai sehingga 30%.
Selanjutnya, TransferWise juga mempercepatkan penerimaan pembayaran bagi pelanggan. Mereka adalah syarikat pembayaran global pertama yang melakukan pembayaran secara langsung di DuitNow, yang membolehkan pelanggan menerima pembayaran antarabangsa mereka dalam masa kurang dari 2 minit. Pelanggan dapat membuat pembayaran segera untuk membiayai pemindahan mereka, hasil daripada integrasi mereka dengan Financial Process Exchange (FPX).

