
Alibaba Group Lancarkan Pameran Berteknologi Awan Sempena Pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Di PyeongChang

Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 telah berlangsung dan ia diserikan dengan pembukaan pameran berteknologi ‘Awan’ oleh Alibaba Group. Acara ‘The Olympic Games on the Cloud’ telah dihadiri oleh Jack Ma, pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group serta Thomas Bach, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, di samping para atlet serta rakan-rakan media.
Pameran ini memberikan pengalaman yang menarik dan interaktif untuk sukan olimpik pada masa depan. Pengunjung akan meneroka senario permainan berbeza yang menggambarkan potensi kesan perkhidmatan awan Alibaba dan perkhidmatan platform e-dagang pada Sukan Olimpik masa depan.

Perjanjian bersama Alibaba Group untuk menjadi tuan rumah bagi tiga acara berturut-turut iaitu Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, diikuti Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun dan diakhiri dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijung, China.
Pada pembukaan tersebut juga ketua pemasaran Alibaba Group, Chris Tung telah melancarkan ‘Alibaba Cloud ET Sports Brain’ yang berasaskan teknologi Awan dan AI yang memberi manfaat kepada peminat, penonton, atlet, tempat dan juga penganjur.


