
Poco F2 Pro Kini Rasmi – Tampil Dengan Pemproses Snapdragon 865 & Dijual Pada Harga Bermula Dari RM2344
Satu lagi peranti yang boleh bikin korang tidak keruan telah pun dirasmikan iaitu Poco F2 Pro yang mana ia dijual pada harga bermula dari RM2344!
Peranti ini tampak berkuasa apabila ia disertakan dengan sejumlah ciri-ciri yang menakjubkan antaranya adalah saiz skrinnya iaitu 6.67″ AMOLED FHD+ dan dipadanakan dengan kadar segar semula 60Hz.
Dari aspek dalaman pula, peranti ini dihadirkan dengan pemproses Snapdragon 865 dan dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM LPDDR5 serta storan mencapai 256GB berasaskan UFS 3.1.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan disertakan dengan 64MP + 13MP + 5MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia tampil dengan 20MP.
Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:
- 6GB + 128GB: Euro 499(kira-kira RM2344)
- 8GB + 256GB: Euro 599(kira-kira RM2814)

