

Tahun 2020 baru sahaja melabuhkan tirai, sungguhpun pelbagai dugaan diharungi pada tahun lalu, realme tetap berdiri utuh. Hal ini terbukti apabila realme telah memecah rekaod menerusi realme Smart TV yang mana merupakan televisyen paling banyak terjual dalam masa sehari di Shopee.

Bukan itu sahaja, peranti realme X3 SuperZoom telah ditabalkan sebagai peranti 12GB + 256GB terlaris di Shopee pada tahun lalu.
Ia sekaligus dinobatkan sebagai peranti dengan pemproses Snapdragon 855+ terpantas jualannya ketika jualan 12.12 di Lazada.
Tahniah diucapkan kepada realme!!!!