
Siri vivo X30 Akhirnya Tiba – Sokong Modem 5G + Cip Exynos 980 + Kamera Utama 64MP
vivo akhirnya muncul dengan dua peranti baharu untuk siri X iaitu vivo X30 dan vivo X30 Pro. Kedua – dua smartphone ini hadir dengan sokongan modem 5G dan merupakan smartphone pertama yang pertama dikuasakan oleh cip pemproses Exynos 980.
vivo X30 dan vivo X30 Pro
vivo X30 dan vivo X30 Pro berkongsi reka bentuk yang sama. Kedua-dua model membawakan paparan berlubang berukuran 2.98 mm pada sudut kanan – menempatkan kamera selfie. Smartphone ini dilitupi dengan binaan kaca pada kedua – dua belah hadapan dan belakang dan didatangkan dalam varian warna yang sama.
Paparan skrin untuk kedua-dua model adalam sebesar 6.44″ Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080). vivo X30 dan vivo X30 Pro membawakan sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan dan pengimbas wajah untuk tujuan keselamatan.

Untuk spesifikasi, vivo X30 dan vivo X30 Pro merupakan smartphone pertama dikuasai oleh Exynos 980 – cip pemproses pertama Samsung dengan modem 5G bersepadu yang dibangunkan bersama dengan Vivo. Prosesor octa-core yang mempunyai teras Cortex-A77 ini dipadukan dengan 8GB RAM dengan pilihan 128GB atau 256GB storan – untuk kedua – dua model.

Modem Exynos 980 membawa sokongan rangkaian SA dan NSA (n41 dan n78 band) dan menawarkan sehingga 2.55Gbps dalam kelajuan muat turun. Selain itu, ia juga menyokong WiFi 2.4GHz, 5GHz & 5.8GHz; Bluetooth 5.0, NFC dan bicu audio.
Untuk bateri pula, vivo X30 dan vivo X30 Pro dibenamkan dengan bateri berkapasiti 4,350mAh (USB Type-C) dengan sokongan pengecasan pantas 33W Flash Charge. Menambah kegirangan, kedua-dua model juga diselitkan dengan cecair penyejukan bagi memastikan suhu peranti sentiasa berada pada tahap terbaik ketika digunakan. vivo X30 dan vivo X30 Pro menggunakan antaramuka FunTouchOS 10 berasaskan Android 9 Pie.

Apa yang membezakan kedua-dua model terletak pada konfigfurasi kamera. vivo X30 membawakan tiga kamera utama – 64MP (f/1.8) + 8MP (Wide Angle, f/2.2) + 32MP (Portrait Lens, f/2.0). Untuk vivo X30 Pro, smartphone ini membawakan sokongan 4 kamera utama dengan gabungan lensa : 64MP (f/1.8) + 8MP (Wide Angle, f/2.2) + 32MP (Portrait Lens, f/2.0) + 13MP (Telephoto, f/3.0). Kanta periscope membolehkan vivo X30 Pro menawarkan sehingga 60x zoom – 3 kali ganda daripada varian standard. Kedua-dua model mempunyai kamera selfie 32MP (f/2.45).

Harga & Ketersediaan
vivo X30
- 8GB + 128GB – CNY3,298 (~RM1,955)
- 8GB + 256GB – CNY3,598 (~RM2,133)
Vivo X30 Pro
- 8GB + 128GB – CNY3,998 (~RM2,370)
- 8GB + 256GB – CNY4,298 (~RM2,547)

