
Dalam majlis OPPO APAC Strategic Launch yang berlangsung di MITEC, OPPO telah mengumumkan bakal OPPO APAC Hub Center yang berpusat di Kuala Lumpur.

Pembukaan Hub ini adalah langkah stategik yang mana lokasi Kuala Lumpur yang terletak di kawasan pasaran Asia.
Hub ini juga bertujuan untuk memberikan pengurusan yang lebih efisien di rantau ini dan antara projek pertama adalam membuka 6 flagship stores di rantau ini menjelang 2020.
OPPO OPPO juga turut bakal melancarkan beberapa peranti IoT untuk kediaman bagi menghadapi zaman sambungan 5G.
Ketika OPPO APAC Strategy Launch tersebut, OPPO turut memperkenalkan kerjasama baru ‘OPPO 5G Landing project’ yang mana melibatkan 15 syarikat telekomunikasi di rantau ini. Antara syarikat telekomunikasi dari Malaysia yang terlibat adalah Maxis, Celcom, Digi dan UMobile.
OPPO 5G Landing Project ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mempercepatkan pengkomersialan 5G di rantau ini.Justeru OPPO akan berkerjasama secara rapat bagi memberikan pengalaman 5G yang canggih.
Ketika majlis tersebut, OPPO turut memperkenalkan beberapa produk baharu yang bakal menjengah pasaran tahun hadapan. Antara yang diperlihatkan adalah OPPO 5G CPE T1 dan OPPO Enqo Free Wireless Headphones.
OPPO juga turut memperkenalkan sistem operasi yang baharu iaitu ColorOS 7 yang pastinya memberikan antara muka yang lebih baik disamping Dark Mode, ikon baharu dan kawalan yang lebih lancar.

Tempoh percubaan bagi ColorOS 7 ini adalah mengikut model telefon dan versi percubaan adalah untuk pengguna terhad sahaja.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang rasmi OPPO, Facebook OPPO, OPPO Official Online Store, Lazada dan Shopee.
___________________________
Artikel Berkaitan
- OPPO A5 2020 Menerima Kemas Kini Harga Baharu – Kini RM799
- OPPO Find X2 Bakal Dijana Snapdragon 865 & Sokongan Kamera Lebih Baik? Muncul Pada…
- Siri OPPO Reno3 Bakal Datang Pada 26 Disember 2019!



