Alamak! Samsung Galaxy Note7 Ada Masalah?!

Samsung Galaxy Note7 adalah peranti premium terbaru yang ada di pasaran ketika ini, ramai orang memuji kecantikan peranti tersebut, ia tampak elegan dan mewah dengan mengekalkan ciri dan reka bentuk yang sedia ada pada model Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Namun pemilihan peranti bukan sekadar terletak pada reka bentuk dan spesifikasi sahaja, ada pengguna menitik beratkan keteguhan dan ketahanan peranti. Jika anda merupakan salah seorang daripada pengguna seperti ini, ada sesuatu yang anda perlu tahu berkenaan Samsung Galaxy Note7.

2Seorang YouTuber yang terkenal dengan video ujian ketahanan peranti baru sahaja memuat naik video ujian Samsung Galaxy Note7, hasil ujian tersebut sedikit mengejutkan. Rata-rata ramai sudah tahu bahawa model tersebut dilengkapi Gorilla Glass 5 yang tahan retakan, namun panel terbaru itu agak teruk dalam menangkis kesan calar. Dalam ujian tersebut panel paparan menunjukkan kesan calar pada skala 3, majoriti peranti yang menggunakan Gorilla Glass 4 mampu bertahan sehingga skala 5 sebelum menunjukkan kesan calar pada skala 6.

1Namun sekiranya anda memang bercadang untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note7 jangan jadikan isu calar tersebut sebagai penghalang. Masalah tersebut boleh diatasi dengan mudah, dapatkan sahaja tempered glass. Ia solusi yang murah dan mudah, hanya dengan modal serendah RM 10 anda boleh melindungi peranti dari kesan calar, ditambah pula dengan Gorilla Glass 5 baru yang mempunyai daya rintangan terhadap retakan.

 

You might also like