Digi dan Huawei Malaysia Anjur Bengkel Fotografi Untuk Pelanggannya

Digi Telecommunications Sdn Bhd baru-baru ini telah berkolaborasi dengan Huawei Malaysia dalam menganjurkan bengkel fotografi yang diselia oleh jurugambar profesional Leica yang telah diperakui iaitu Nic Chung. Bengkel ini telah diadakan eksklusif untuk pelanggan Digi yang membeli telefon pintar Huawei P9 melalui pelan pascabayar Digi.

Pelanggan Digi yang menyertai bengkel fotografi eksklusif bergambar bersama-sama dengan Nic Chung.
Pelanggan Digi yang menyertai bengkel fotografi eksklusif bergambar bersama-sama dengan Nic Chung.

Bengkel selama tiga jam yang dihadiri oleh seramai 20 orang pemilik Huawei P9 ini telah memberi peluang kepada peserta dalam memperolehi kemahiran fotografi berdasarkan kepada tetapan peranti Huawei tersebut. Malah peserta yang hadir juga turut didedahkan dengan tips dan juga teknik sempurna untuk mengambil gambar potret dan juga gambar jalanan. Melalui bengkel itu juga, para peserta telah diajar untuk mengoptimumkan penggunaan Mod Profesional yang tersedia pada Huawei P9.

Jurugambar profesional yang diperakui Leica, Nic Chung, berkongsi ilmu fotografi dengan peserta bengkel.
Jurugambar profesional yang diperakui Leica, Nic Chung, berkongsi ilmu fotografi dengan peserta bengkel.

Menurut Cheng Weng Hong selaku Ketua Peruncitan dan Saluran Kawalan Digi, pada masa ini jelas dapat disaksikan perubahan dalam fotografi kontemporari yang mana memperlihatkan lebih ramai daripada individu yang menggunakan telefon pintar mereka untuk menangkap dan berkongsi detik-detik berharga. Disebabkan oleh itulah Digi dengan kerjasama Huawei Malaysia telah mengambil peluang ini untuk memberi peluang kepada pelanggannya untuk mempelajari teknik dan tip mengambil gambar yang optimum menggunakan telefon pintar mereka.

 

You might also like