Huawei Mate 10 Bakal Dilancarkan Dengan Edisi Porsche Design

Malam ini kita bakal melihat pelancaran Huawei Mate 10 ke arena telefon pintar dunia. Sebelum pengenalannya, Huawei turut berkongsi sedikit video teaser yang melihatkan Mate 10 dengan edisi Porsche Design selepas Mate 10 dan Mate 10 Pro.

https://www.facebook.com/HuaweimobileRO/videos/1519170108148311/

 

Edisi Porsche Design sebelum ini sudah hadir pada Mate 9 dan Huawei mengambil keputusan untuk meneruskan legasi ini. Seperti yang sedia maklum, versi ini akan mendapat spesifikasi yang istimewa termasuklah kemasan yang elegan serta perkakasan yang serba lengkap.

Warna hitam adalah sinonim dengan Porsche Design, jadi kita bakal melihatnya versi ini bersama rekaan kerangka berwarna hitam sepenuhnya. Dalam masa yang sama, kami akan bawakan laporan selanjutnya untuk anda, esok.

You might also like