
Sempena menyambut kehadiran tahun baru 2018, ASUS Malaysia telah mengumumkan diskaun sebanyak RM100 untuk model ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) yang sebelum ini dijual pada harga RM799.
ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) menawarkan spesifikasi yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Melalui sokongan bateri berkapasiti 4100 mAh, ia bukan sahaja mampu menawarkan masa penggunaan yang lebih lama tetapi turut boleh dijadikan sebagai sumber kuasa untuk mengecas peranti lain. Malah aspek penggambarannya juga tidak mengecewakan kerana memiliki dwi lensa beresolusi 13 Megapiksel dengan keupayaan penggambaran sudut luas mencecah sehingga 120°.
Kini anda boleh memiliki ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL) pada harga hanya RM699 melalui pengedar sah di seluruh Malaysia.