
Nantikan Acara Moto Di MWC, Barcelona
CES 2017 baru sahaja melabuhkan tirai dan membuatkan ramai peminat dunia teknologi seperti kami teruja dengan teknologi dan peranti yang diperlihatkan sepanjang acara tersebut. Belum sempat keterujaan itu reda, Moto menghangatkan kembali suasana dengan mengumumkan tarikh slot acara khas mereka pada MWC yang akan berlangsung di Barcelona.
Berdasarkan imej yang dimuat naik, dijangkakan Moto akan memperkenalkan sebuah smartphone, desas-desus kuat mengatakan bahawa model yang akan diperkenalkan adalah G5 Plus. Acara Moto akan bermula 26 Februari 2017, pada 4.30 petang (waktu Barcelona).
Kita tunggu sehingga acara MWC 2017 yang akan berlangsung sebulan lebih lagi bagi mendapatkan pengesahan dari Moto. Jumpa nanti!

