Kini, Anda Boleh Dapatkan Xiaomi Mi 9T Pro Di Mobile 2 Go – Harga Jualan Bermula RM1,598

Kemunculan Xiaomi Mi 9T Pro nampaknya membuatkan ramai pihak tidak senang duduk. Mana taknya, ia dilihat membawakan spesifikasi berkuasa kuda bersama penawaran menarik pada kelas yang tersendiri – Salah satu ciri utama peranti adalah ia dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855.

Teringin menjadi antara yang terawal memiliki peranti ini? Gotcha! Inilah peluang anda!

Penjual tempatan, Mobile 2 Go kini mula menawarkan ketersediaan peranti ini (set import). Bagi yang berminat, harga jualan yang ditawarkan adalah RM1,598 untuk 6GB + 64GB dan RM1,798 untuk 6GB + 128GB. Peranti ini boleh didapati dalam kemasan 3 warna seperti Blue, Red dan Black – ketersediaan stok bermula sekarang.

Sementara itu, kami mendapati laman Shopee juga mula mengacah orang ramai akan penawaran peranti ini. Pun begitu, harga masih menjadi teka teki tetapi jualan peranti ini dijangka bermula 29 Ogos 2019. Beli Xiaomi Mi 9T Pro di Shopee : 64GB | 128GB

You might also like