
Beberapa hari sahaja lagi OPPO akan melancarkan peranti terbaru mereka iaitu OPPO F5. Reka bentuk dengan kehadiran skrin hampir penuh sudah diketahui, apa yang OPPO cuba ketengahkan ialah teknologi kamera depan kini lebih canggih dan lebih pintar .

OPPO F5 dilengkapi sensor 20 Megapiksel di kamera hadapan bersama teknologi AI. Gabungan aperture f/2.0 dan AI Beauty Recognition membolehkan teknologi pintar ini mengambil gambar swafoto dengan lebih jelas dan cantik.
AI Beauty berfungsi untuk mengecam lebih daripada 200 titik pada wajah. Ia mampu menentukan umur dan jantina serta melaras tona warna kulit pengguna. Malah ia juga mampu mempertingkatkan pencahayaan pada wajah pengguna dalam persekitaran yang gelap bagi mendapatkan swafoto yang lebih jelas dan asli.
Baca juga : Nyahkunci OPPO F5 Menggunakan Pengecaman Wajah Pantas
Selain daripada memperkenalkan ciri-ciri yang hadir, dalam masa yang sama kebanyakan pengedar-pengedar sah OPPO seluruh Malaysia kini mula membuka pra-tempahan OPPO F5. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan peranti ini secara awal, anda boleh pra-tempah OPPO F5 pada harga sekitar RM1,298 seunit.

