

Samsung hari ini mengumumkan dua produk yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia iaitu Soundbar Sound+ (HW-MS751) dan pemain Blu-ray 4K Ultra HD (UBD-M8500). Samsung juga berpendapat dua kelengkapan elektronik ini bakal melengkapkan pengalaman hiburan di rumah ke tahap yang lebih tinggi.

Ekosistem hiburan yang dibawakan oleh speaker Soundbar Sound+ dan pemain Blu-ray 4K Ultra HD semestinya memberikan elemen penting dalam setiap tontonan yang sinematik. Teknologi yang diguna pakai dalam Soundbar Sound+ memiliki 11 unit pembesar suara yang terdiri daripada tweeters dan woofers.

Sebagai tambahan, ia turut menyediakan ciri Height Channel Up-Mix iaitu teknologi yang membolehkan ada mendengar bunyi 3-dimensi di sekeliling. Kualiti suara pula menyokong format audio UHQ 32-bit yang mana bunyi seakan sama seperti di dalam studio rakaman. Enam woofers yang dimuatkan dilengkapi dengan ciri multi-speaker boleh diubah secara serentak menjadikan bunyi bass yang lebih mendalam.
Selain daripada itu, pemain Blu-ray 4K UHD pula akan memberikan anda kandungan gambar yang lebih terperinci, di samping menyokong fungsi paparan HDR. Alat ini juga dikatakan mampu memberikan warna jitu dan tepat dalam setiap rakaman video yang dimainkan.

Samsung Soundbar Sound+ dan Samsung 4K Blu-ray Ultra HD Player dijual dengan tanda harga RM3,499 dan RM1,799. Ianya telah mula dijual di semua kedai jenama Samsung dan pengedar sah seluruh negara bermula hari ini. Anda boleh layari Samsung Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

